Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

08 November, 2011

Mari Pelajari Adab-Adab

Antara Adab-Adab Yang Kita Semua Perlu Tahu :
*click je link dibawah*






Kongsian Bersama www.sitinurhaliza.itgo.com

[KONGSIAN] Adab Berjiran

ADAB BERJIRAN


  • DIKIRA JIRAN ITU BERMULA DARI 40 BUAH RUMAH KEHADAPAN, BELAKANG, KIRI DAN KANAN
  • MENDAHULUKAN MEMBERI SALAM BILA BERTEMU
  • TIDAK TERLALU BANYAK BERTANYA AKAN HAL EHWALNYA
  • MENZIARAHINYA APABILA IA SAKIT
  • MENERIMA UNDANGANNYA BILA ADA SESUATU MAJLIS KESYUKURAN ATAU KERAMAIAN
  • CUBA MEMBANTUNYA SEDAYA YANG BOLEH BILA MEREKA BERADA DIDALAM KESUSAHAN
  • MEMAAFKAN SETIAP KESALAHAN DAN KESILAPAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN
  • TIDAK MUDAH PERCAYA DENGAN KATA-KATA FITNAH TERHADAPNYA
  • MEMBERI NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DALAM URUSAN AGAMA MAHUPUN DUNIA
  • SENTIASA BERCAKAP DENGAN LEMAH LEMBUT
  • TIDAK MENYINGGUNG PERASAANYA DENGAN SESUATU PERBUATAN

[KONGSIAN] Adab Membaca Al-Quran

ADAB MEMBACA AL-QURAN



  • MEMBERSIHKAN BADAN DAN PAKAIAN SERTA MENGAMBIL WUDUK. MENGAMBIL DAN MENGANGKAT AL-QURAN DENGAN TANGAN KANAN
  • MEMBACA AL-QURAN DI TEMPAT YANG BERSIH SEPERTI DI RUMAH, SURAU, MASJID DAN SEBAGAINYA. YANG PALING UTAMA ADALAH DI MASJID.
  • MENGHADAP KE KIBLAT, MEMBACANYA DENGAN KHUSYUK DAN TENANG.
  • MEMBERSIHKAN MULUT DARI SISA-SISA MAKANAN DAN BAU
  • MEMLAKAN BACAAN DENGAN MEMBACA "AKU BERLINDUNG DENGAN NAMA ALLAH DARI SYAITAN YANG DIREJAM," KEMUDIAN DISUSULI DENGAN "BISMILLAH" SERTA MEMBACA UMMUL KITAB (FATIHAH)
  • MEMBACANYA DENGAN TARTIL. BACAAN YANG PERLAHAN-LAHAN DAN TENANG
  • MEMBACA DENGAN PENUH PERHATIAN DAN MEMIKIRKAN TENTANG AYAT-AYAT YANG DIBACA SERTA CUBA MEMAHAMI MAKSUDNYA
  • BACAANNYA HENDAKLAH BENAR-BENAR DIRESAPKAN KE DALAM HATI, TERUTAMA PADA AYAT-AYAT YANG MENGAMBARKAN TENTANG NASIB ORANG-ORANG YANG BERDOSA SERTA YANG MELANGGAR PERINTAH ALLAH
  • MEMBACA DENGAN SUARA YANG INDAH LAGI MERDU

[KONGSIAN] Adab Menziarahi Kubur

ADAB MENZIARAHI KUBUR



  • SUNAT MEMBERI SALAM DAN MENDAHULUI DENGAN KAKI KANAN APABILA MEMASUKI KAWASAN PERKUBURAN
  • SUNAT MENGAMBIL WUDUK
  • MAKRUH BAGI WANITA TETAPI SEKIRANYA BERCAMPUR DENGAN KAUM LELAKI YANG BUKAN MAHRAMNYA MAKA HUKUMNYA HARAM. BAGI WANITA YANG SUDAH TUA MAKA HUKUMNYA HARUS
  • SUNAT MEMBACA AYAT-AYAT AL-QURAN SEPERTI
    AL FATIHAH DAN SEBAGAINYA SERTA DIIRINGI DENGAN DOA
  • DUDUK HAMPIR DENGAN KUBURNYA ATAU DISISINYA
  • DILARANG MENGUSAP ATAU MENCIUM BATU NISAN
  • DI LARANG TAWAF DI SEKELILING KUBUR DENGAN MEMOHON SESUATU HAJAT PADANYA KERANA INI ADALAH PERBUATAN BID'AAH YANG MUNGKAR
  • LEBIH AFDAL, ZIARAH DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

[KONGSIAN] Adab Menziarahi Orang Sakit

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT



  • SUNAT MENZIARAHINYA SECARA BERSELANG HARI
  • MAKRUH JIKA TINGGAL TERLALU LAMA DAN MENYUSAHKAN SI PESAKIT SERTA KELUARGANYA
  • SUNAT DUDUK DEKAT DENGAN KEPALA SI PESAKIT
  • SUNAT MEMBACA DOA DAN MENGUCAPKAN KATA-KATA YANG DISENANGI OLEH SI PESAKIT
  • SUNAT MENGAMPUNKAN SETIAP KESALAHAN PESAKIT SEKIRANYA IA ADA MEMBUAT KESALAHAN DENGAN KITA
  • MEMBAWA APA-APA BUAH TANGAN YANG PATUT BAGI MERINGANKAN BEBANNYA DAN JUGA KELUARGANYA

[KONGSIAN] Adab Tuan Rumah

ADAB TUAN RUMAH



  • SEBAGAI TUAN RUMAH KITA DILARANG MENDESAK TETAMU SUPAYA MAKAN. INI KERANA MUNGKIN KETIKA ITU MEREKA SEDANG KENYANG ATAU SEBAGAINYA
  • SEKIRANYA KITA INGIN MENGHIDANGKAN MAKANAN LAGI, KITA DILARANG DARI MENGALIH BEKAS MAKANAN YANG MASIH ADA. SEBALIKNYA BAWALAH MAKANAN ITU DI DALAM BEKAS YANG LAIN
  • HENDAKLAH SENTIASA MENUNJUKKAN SIKAP RAMAH KEPADA TETAMU DAN LAYANLAH MEREKA DENGAN SEBAIK MUNGKIN. APABILA MENGHIDANGKAN MAKANAN PATIKAN IANYA BERTUTUP
  • APABILA TETAMU MEMINTA DIRI UNTUK PULANG KITA DISUNATKAN MENGIRINGI MEREKA HINGGA KE MUKA PINTU
  • BIARLAH TETAMU KITA BERADA DALAM KEADAAN YANG SELESA, ELAKKAN DARI SENTIASA BERADA DISISI MEREKA SAMBIL MELIHAT GELAGAT MEREKA KETIKA MAKAN ATAU SEBAGAINYA
  • APABILA KITA DIKUNJUNGI OLEH TETAMU, MAKA URUSKANLAH MAKANANNYA SEBAIK MUNGKIN
  • TUNJUKKAN KEPADA MEREKA DIMANA TANDAS, SUPAYA MEREKA TIDAK MERASA GELISAH APABILA TIBA WAKTU UNTUK QADA HAJAT.
  • ELAKKAN DARI KELUAR MENCARI-CARI SESUATU UNTUK TETAMU KITA, HIDANGLAH APA SAJA YANG SEDIA ADA
  • SETELAH MENGHIDANGKAN MAKANAN, JANGAN SEKALI-KALI MEMBIARKAN MEREKA BEGITU SAHAJA. BERILAH PERHATIAN KEPADA MEREKA BAGI MEMASTIKAN SEGALANYA MEMUASKAN. SEKIRANYA KITA DIKUNJUNGI OLEH DUA ORANG TETAMU PASTIKAN LAYANAN YANG DIBERIKAN ADALAH ADIL

[KONGSIAN] Adab Tetamu

ADAB TETAMU


  • KITA HENDAKLAH SEGERA MEMBERITAHU TUAN RUMAH JIKA TIDAK MAHU MAKAN SEBELUM MAKANAN DISEDIAKAN
  • TUAN RUMAH HARUS DIBERITAHU KEMANA KITA PERGI SUPAYA MEREKA TIDAK TERCARI-CARI KETIKA MAKANAN HAMPIR DISEDIAKAN
  • KITA DILARANG SAMA SEKALI DARI MEMINTA SESUATU KEPADA TUAN RUMAH, KERANA DIKHUATIRI TUAN RUMAH TIDAK DAPAT MEMENUHI PERMINTAAN KITA DAN INI AKAN MEMALUKAN MEREKA
  • KITA HENDAKLAH MENGHINDARKAN DIRI DARI MENCAMPURI URUSAN TUAN RUMAH KECUALI BANTUAN KITA DIPERLUKAN
  • APABILA KITA MEMINTA SESUATU KEPADA TUAN RUMAH HENDAKLAH DENGAN CARA YANG SOPAN DAN JANGAN TERLALU MENDESAK
  • SEWAKTU MENIKMATI HIDANGAN KITA HENDAKLAH MENINGGALKAN SEDIKIT MAKANAN DI DALAM BEKAS BEKAS TAMBAH SUPAYA TUAN RUMAH TIDAK MENYANGKA BAHAWA MAKANAN ITU TIDAK CUKUP DAN INI AKAN MEMALUKAN TUAN RUMAH
  • KITA DITEGAH MEMBERI MAKANAN KEPADA PEMINTA SEDEKAH ATAU ORANG LUAR DARIPADA MAKANAN YANG DIHIDANGKAN OLEH TUAN RUMAH.

[KONGSIAN] Adab Makan

ADAB MAKAN


  • JANGAN SESEKALI MEMBUAT JANJI SEKIRANYA ANDA TELAH BERNIAT UNTUK TIDAK MENUNAIKAN JANJI ITU.
  • JANGAN BERJANJI UNTUK MEMBUAT PERKARA YANG HARAM ATAU UNTUK MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN KEMUDARATAN
  • JANGAN MEMBUAT JANJI SEKIRANYA DIRI ANDA BERADA DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
  • SEKIRANYA ANDA TELAH MEMBUAT JANJI MAKA TUNAIKANLAH JANJI ITU DAN JANGAN SESEKALI MELANGGARI JANJI ITU JIKA ANDA TIADA ALASAN YANG KUKUH DAN WAJAR
  • JIKA BERJANJI DENGAN ANAK-ANAK UNTUK MEMBERINYA SESUATU MAKA JANJI ITU WAJIB DITUNAIKAN.
    ABDULLAH IBN AMIR MERIWAYATKAN SUATU MASA SEMASA BELIAU MASIH KECIL IBUNYA TELAH MEMANGGILNYA DAN BERJANJI AKAN MEMBERIKANNYA SESUATU.
    RASULULLAH S.A.W YANG KEBETULAN BERADA DISITU TERUS BERTANYA,"APA YANG KAMU NIATKAN UNTUK MEMBERI KEPADANYA?" JAWAB IBU AMIR,"SEDIKIT TAMAR."
    SABDA RASULULLAH SAW "SEKIRANYA KAMU TIDAK MEMBERIKANNYA MAKA DOSA BERJANJI DUSTA AKAN DICATATKAN UNTUKMU".

[KONGSIAN] Adab Berjanji

ADAB BERJANJI



  • JANGAN SESEKALI MEMBUAT JANJI SEKIRANYA ANDA TELAH BERNIAT UNTUK TIDAK MENUNAIKAN JANJI ITU.
  • JANGAN BERJANJI UNTUK MEMBUAT PERKARA YANG HARAM ATAU UNTUK MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN KEMUDARATAN
  • JANGAN MEMBUAT JANJI SEKIRANYA DIRI ANDA BERADA DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
  • SEKIRANYA ANDA TELAH MEMBUAT JANJI MAKA TUNAIKANLAH JANJI ITU DAN JANGAN SESEKALI MELANGGARI JANJI ITU JIKA ANDA TIADA ALASAN YANG KUKUH DAN WAJAR
  • JIKA BERJANJI DENGAN ANAK-ANAK UNTUK MEMBERINYA SESUATU MAKA JANJI ITU WAJIB DITUNAIKAN.
    ABDULLAH IBN AMIR MERIWAYATKAN SUATU MASA SEMASA BELIAU MASIH KECIL IBUNYA TELAH MEMANGGILNYA DAN BERJANJI AKAN MEMBERIKANNYA SESUATU.
    RASULULLAH S.A.W YANG KEBETULAN BERADA DISITU TERUS BERTANYA,"APA YANG KAMU NIATKAN UNTUK MEMBERI KEPADANYA?" JAWAB IBU AMIR,"SEDIKIT TAMAR."
    SABDA RASULULLAH SAW "SEKIRANYA KAMU TIDAK MEMBERIKANNYA MAKA DOSA BERJANJI DUSTA AKAN DICATATKAN UNTUKMU".

[KONGSIAN] Adab Di Masjid

ADAB DI MASJID



  • MELANGKAH MASUK KE DALAM MASJID DENGAN KAKI KANAN SAMBIL MEMBACA DOA, TETAPI KETIKA KELUAR MELANGKAHLAH DENGAN KAKI KIRI SAMBIL MEMBACA DOA
  • SEBELUM DUDUK TUNAIKANLAH SOLAT SUNAT DUA RAKAAT IAITU SOLAT TAHIYATUL MASJID
  • JANGAN MENUNAIKAN SOLAT DI TEMPAT YANG BOLEH MENGGANGGU ORANG RAMAI UNTUK MEMASUKI MASJID SEPERTI DI MUKA PINTU DAN SEBAGAINYA
  • JANGAN BERKELIARAN DI DALAM MASJID, INGATLAH ANDA SEDANG BERADA DI DALAM ISTANA ALLAH MAKA DUDUKLAH DENGAN PENUH PERASAAN TAWADUK DAN SIBUKKAN DIRI DENGAN BANYAK SOLAT SUNAT DAN BERZIKIR
  • JANGAN MENINGGIKAN SUARA DI DALA MASJID SAMA ADA BERZIKIR ATAU MEMBACA AL-QURAN KERANA INI AKAN MENGGANGGU ORANG LAIN UNTUK BERIBADAT
  • JANGAN BERBUAL DI DALAM MASJID MENGENAI HAL-HAL KEDUNIAAN
  • PAKAILAH PAKAIAN YANG BERSESUAIAN DAN SOPAN TATKALA MEMASUKI MASJID
  • JANGAN MENGGUNAKAN MASJID SEBAGAI JALAN PINTAS UNTUK MENUJU KE SESUATU TEMPAT
  • JANGAN MENYIMPAN ATAU MEMBAWA SESUATAU YANG BERBAU BUSUK MASUK KE DALAM MASJID
  • JIKA ANDA TELAH MEMAKAN BAWANG MAKA JANGANLAH TERUS MASUK KE MASJID KERANA INI AKAN MENGGANGGU ORANG LAIN. SEELOKNYA CUCILAH DAHULU MULUT ATAU AMBILLAH WUDUK DEMIKIAN JUGA JIKA MEROKOK
  • SUNAT MEMAKAI BAU-BAUAN YANG DIHARUSKAN SEMASA MENDATANGI MASJID
  • JANGAN MENGAMBIL ATAU MEMBAWA PULANG BARANG-BARANG KEPUNYAAN MASJID UNTUK KEGUNAAN SENDIRI, SEGALA PERALATAN MASJID TELAH DIWAKAFKAN IAITU UNTUK KEGUNAAN AWAM

[KONGSIAN] Adap Bercakap


ADAP BERCAKAP
  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar
  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  • Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
  • Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
  • Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  • Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama
  • Jangan bercakap secara berkumam mulut
  • Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
  • Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
  • Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.






20 October, 2011

[KONGSIAN] Sifat Panas Baran



Panas baran atau `kepala angin’ atau `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. 

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran. 

Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof 

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing. 

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah. 

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.
Apakah yang mendorong sifat panas baran?
Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran. 

Kesan buruk panas baran?
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain. 

Langkah terbaik menangani sifat panas baran? 
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.
Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri. 

Punca Panas Baran 

# Perilaku agresif # Gejala sosial # Emosi # Masalah kewangan/ keluarga # Ego # Tekanan perasaan # Faktor didikan # Bebanan kerja # Faktor persekitaran
10 Risiko Individu Panas Baran 

# Dipulaukan masyarakat sekeliling # Jiwa kosong (murung) # Hilang pekerjaan/jawatan # Perceraian # Kemalangan # Pergaduhan # Kesalahan jenayah # Melakukan penderaan # Tekanan perasaan # Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)
Alkisah panas baran... 

Cerita 1:
WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya.
Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis. 

Cerita 2:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya.
Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat.
Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka.
Senyumlah... 

PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.
Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran. 

Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi. 

Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri. 

Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, i-Kon memberikan tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah. 

# Ikuti latihan dan kegiatan sukan
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung. 

# Meningkatkan kekerapan bersenam
Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan. 

# Ubah gizi (diet) pemakanan
Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan. 

# Kurangkan minum alkohol
Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat. 

# Minum satu cawan kopi
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung. 

# Berhenti merokok
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan. 

# Berfikiran positif
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan. 

[KONGSIAN] Rahsia Merehatkan Mata




Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan

amat meletihkan badan anda. Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai membaca.

Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.

Merehatkan Mata


Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.

Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan mata dan melegakan otak anda.

Amalkan teknik-teknik di bawah ini.


Untuk merehatkan mata

: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.

Untuk menguatkan mata

: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:


1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.

5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.

Lakukan senaman ini:


- Berdiri tegak

- Tarik nafas panjang

- Lepaskan nafas melalui mulut

Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

**Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.

17 October, 2011

[KONGSIAN] GAMBARAN HARI KIAMAT







1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a- Pemimpin yang adil.
b- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a- Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b- Sedekah/amal jariahnya.
c- Doa anak²nya yang soleh.
d- Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

13 September, 2011

[BERITA] MAS & Air Asia Taja QPR

Pasukan QPR yang baru diambil alih oleh Tony Fernandes mengumumkan perjanjian tajaan bernilai jutaan ringgit dari MAS dan Air Asia. Tajaan dari kedua dua syarikat yang baru saja bekerjasama itu adalah tajaan untuk jersi pasukan QPR selama dua musim. MAS akan menaja jersi utama QPR manakala Air Asia menaja jersi 'away' dan jersi ketiga.
Cantik jgak..baju lah.hahaha. Pasni byakla jersi ni jual kt uptown..opss pls beli yg original ok

02 August, 2011

[INFO] Terbaik !! Touch Screen Wall

Direka oleh Jeff Han and Phil Davidson dari Perspective Pixel..
Harga mencecah USD 100,000..



Inilah perekanya



(Terperasan di all9mcreation.blogspot.com)

20 July, 2011

[INFO] Tentang Kehidupan Sekeliling

> pepatung terbang melayang di permukaan air,kemudia hinggap pada sekuntum bunga..cukup cantik pemandangan itu..

tapi tahukah kalian,sebenarnya hayat pepatung lebih lama didalam air berbanding diudara dan daratan..sebelum menjadi pepatung yg kita lihatterbang melayang itu,kepompongnya berada di dalam air selama beberapa tahun..bentuknya umpama seekor serangga,tapi tidak muncul di permukaan air..bagaimanapun,hayat serangga itu di daratan sekejab saja kerana akan mati beberapa minggu kemudia..

> harimau hanya hidup di benua asia,manakala singa di benua Afrika..bagaimanapun,terdapat juga singa dihutan barat daya india,menjadikan negara itu satu-satunya negara yang mempunyai harimau dan singa..

> burung merak jantan mengembangkan ekornya yang cantik itu untuk menarik perhatian burung merak betina supaya mengawan dengannya..

[INFO] Kehebatan Pegaga

terdapat kira 16 spesies pegaga didunia tapi hanya 4 terdapat saje yg ditermui di Malaysia iaitu pegaga biasa,pegaga salad,pegaga nyonya da pegaga hitam..ia mengandungi sejenis enzime bernilai tingi yg dikenali sebagai 'letripenoids' yg menjadi asas untuk rawatan kulit serta agen anrisel kanser..

pegaga juga baik sebagai agen antipenuaan,meningkatkan kecekapan otak bagi lelaki dan wanita pertengahan usia,membantu membuang toksin pada buah pinggang dan mengurangkan kandungan gula dalam darah..

pegaga juga mempunyai banyak seatin kimia dan boiaktiviti yg terbukti mengandungi ciri-2 antibakteria,antipasma,antiinflamasi,hipotensi dan insektisid..

[INFO] Kehidupan Sekeliling

> fungsi utama telinga gajah yg besar tu adalah untuk menjadi kipas buat menyejukkan badan kerana haiawan tersebut hidup di kawasan panas..

> Muhammad Ali adalah petinju lagenda,bagaimanapun dari satu aspek..beliau tidak dapat menandingi Joe Louis kera dia adalah penyandang gelaran juara tinju heavyweight yg paling lama di dunia iaitu selama 12 tahun (1937 hingga 1949)


> sandwich mendapat namanya dari Earl of Sandwich ke-4 (pembesar Kent,England)..dikatakan pada 1762,Earl of Sandwich yg nama sebenarnya ialah John Montagu akan meminta pelayannya menyediakan makanan berupa deging yg deselitkan di tengah dua keping roti kerana beliau terlalu sibuk berjudi hingga tak sempat mengambil makanan yg sempurna..perbuatan itu ditiru oleh kawan2 seperjudiannya yg bila ditanya hendak makan apa,mereka trus menjawab 'macam yg dimakan oleh sandwich'..

> pokok pain bristlecone dihutan Nevada,Carlifornia dan Arizona,Amerika Syarikat dipercayai pokok yg tertua di dunia..pokok paling tua yg ditemui setakat ini berusia 4600 tahun,maknanya ia berumur 2600 tahun ketika Nabi Isa dilahirkan..

> disebabkan mata seekor ayam terletak dikedua-dua belah sisi kepalanya,haiwam tersebut tidak melihat sesuatu objek dengan kedua-dua matanya sekali gus..mula-2 ia melihat objek ersebut dengan sebelah mata,kemudian melihat objek itu sekali lagi dengan mata yg satu lagi untuk memastikan kesahihannya..

17 July, 2011

[INFO] Ketagih Internet Menyebabkan Otak Kecut


Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.
“Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak,” kata kumpulan penyelidik itu.


Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.
Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet.
- Agensi


Read from: http://suarabawahtanah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...