23 April, 2011

[NOVEL] ZARA

Pagi itu selepas sahaja membersihkan diri Zara terus meluru keluar dari biliknya untuk sarapan pagi. Walaupun dia tahu waktu sarapannya sudah terlajak ke tengah hari, namun dia masih juga turun untuk sarapan. Maklum sajalah, baru nak menyesuaikan diri dengan persekitaran, tempat dan orang baru dalam hidupnya.

“ Hai, selamat pagi.” Kedengaran merdu suara ayu menyapanya di kaki anak tangga. Kelihatan Puan Sofea memandangnya dengan senyuman.

“Em..hai..selamat pagi, mak cik.” Bergetar suaranya menyapa kembali ucapan selamat dari ibu tirinya itu untuk kali pertama sepanjang hidupnya.

“Zara dah sarapan?”

“Belum.”

“Kalau macam tu, marilah ke dapur. Ada mak cik simpankan sarapan untuk kamu.” Puan Sofea berkata sambil mula mengatur langkah ke dapur untuk menghidangkan sarapan kepada anak tirinya itu.

Zara tiba-tiba bersuara. Langkah wanita itu terhenti dan dia segera menoleh kearah anak tirinya itu.

“Mak cik, Tak apalah. Saya boleh ambil sendiri bila saya nak makan. Lagi pun saya mahu keluar sekarang.”

“Tapi perut tu masih kosong.”

“Nanti di luar sahaja saya makan. Mak cik jangan risau, saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Zara terus berlalu pergi.
Diluar, sedang dia menyarung kasutnya. Kedengaran suara memerli hinggap ke cuping telinganya.

“Matahari dah terpacak atas kepala baru nak tunjuk muka. Ni anak dara atau anak teruna. Eh, tiga orang anak teruna dalam rumah ni pun tak macam kau.” Bisa, ayat yang keluar dari mulut gadis sebaya Zara yang sedang sibuk membantu abang-abangnya membersihkan halaman rumah.

Zara hanya memandang sepi tanpa kata. Dia yakin, kalau dia melawan semula kata-kata bisa Laila, keadaan akan menjadi lebih buruk. Kesannya mungkin seperti Tsunami yang melanda Negara matahari terbit. Dia terus mendapatkan bapanya yang juga sedang sibuk mengatur pasu-pasu bunga.

“Em, ayah.”

“Eh, Zara. Penat sangat, ya?”

“Boleh tahanlah.”

“Ni kamu dah bersiap-siap ni. Nak ke mana?”

“Zara nak keluar sekejap. Zara akan pulang bila hari menjelang malam.”

“Bukankah waktu itu terlalu lewat untuk gadis seperti kamu?”

“Sama saja semasa saya tinggal seorang diri dulu. Tapi ayah tak pernah tanya dan risau.”

“Zara, dulu kita tidak tinggal sebumbung.”

“Itu bukan alasan yang logik. Telefon bimbit ada dan boleh hubungi saya dengan kerap.”

“ Zara, ayah..”

“Saya dah banyak ambil masa. Saya perlu cepat. Pergi dulu.” Zara menarik pantas tangan ayahnya untuk bersalaman sebelum sempat ayahnya menghabiskan kata dan terus pergi tanpa menoleh lagi ke wajah yang dulunya jarang dilihat.
Dia sempat menjeling tajam pada Laila yang melontar kata bisa padanya tadi dan kembali mengatur langkah keluar dari rumah itu.

Kata-kata Zara membuatkan Encik Razif terkesima dan anak matanya tidak lepas memandang ke arah Zara yang kini sudah tidak kelihatan lagi dihadapanya namun matanya masih tertacap ke arah pintu pagar rumah mewah itu.
Empat beradik yang menyaksikan sikap Zara juga tergamam dan membantutkan segala kerja yang sedang dijalankan.

Hari sudah menjengah ke malam, Zara masih belum pulang dan itu sangat menggusarkan hati seorang bapa yang masih baru menyesuaikan diri dengan anak yang sangat jarang dia bertemu muka.

Encik Razif mundar-mandir di ruang tamu menanti anaknya itu pulang. Sesekali dia menjenguk ke luar dan melihat kelibat Zara yang mungkin sudah pulang. Namun pandangannya hampa, tiada kelibat anak muda.

“Awak.” Puan sofea menyapa dari belakang sambil menepuk lembut bahu suaminya.
Encik Razif hanya mampu menoleh sepi.

“Mungkin dia sedang dalam perjalanan. Marilah kita makan dulu.”

“ Ya,mungkin juga. Marilah.”

Setiba di ruang makan. Laila tiba-tiba bersuara.

“Papa, perlu ke tunggu dia sampai macam ni sekali?”

“Perlu, Laila. Dia anak ayah juga. Anak kandung, cuma berlainan ibu.”

“Ah, dia itu tidak layak digelar anak. Sudahlah biadab siang tadi.” Ternyata Laila belum selesai dengan orang baru yang bertandang ke rumahnya itu.

“Sudahlah, Laila. Kita sudah menghadap rezeki ni.” Afiq si saudara sulung bersuara menamatkan perbualan tentang Zara.

Tanpa disedari anak- beranak itu. Rupanya orang yang dinanti sudah pulang dan mendengar segala rungutan Laila tentang dirinya yang malang itu. Dia yang sedari tadi hanya memasang telinga, tiba-tiba bersuara.

“Terima kasih kepada kau, Laila.” Zara masih bernada selamba dalam ucapnya.

Dia kemudian terus berlalu menapak anak tangga menuju ke kamarnya.
Encik Razif yang belum sempat menyapa anaknya itu hanya melihat dan membiarkan apa yang berlaku. Suasana ruang makan itu tidak pernah seperti ini. Sepi tanpa kata.

Selesai menikmati makan malam. Pada kebiasaannya, keempat-empat beradik itu akan duduk berkumpul menonton di ruang tamu atas yang merupakan ruang tamu privasi untuk tuan rumah. Namun suasana ruang tamu pada malam itu juga tidak seperti malam biasa. Kurang seorang di ruang itu, namun tempat itu diganti oleh seorang yang asing bagi mereka.

“Boleh aku duduk sini.” Zara menyapa selamba.

Tiga teruna yang menyerikan lagi rumahtangga Encik Razif dan Puan Sofea tercengang dengan sapaan selamba itu.
Afiq yang pantas menyedari situasi yang sudah lama membisu itu, segera memberi respon.

“Oh, duduklah.”

“Loading. Anyway, thanks.” Zara mengkritik namun masih menghargai.

Amer dan Faris yang masih tercengang sedari tadi masih terus memfokuskan pandangan pada wajah Zara yang kini sudah melabuhkan punggung di sebelah Afiq yang duduk sederet dengan Amer dan Faris.

Amer yang membisu. Kini bersuara.
“Eh, kenapa kau sombong?” Soalan pertama terpacul keluar dari mulutnya dengan selamba.

Zara memandang sepi wajah Amer sambil mengelip-ngelipkan matanya berulang kali.

“Aku. Sombong?” Zara bertanya kembali sambil tersenyum.

“ Ya. Kau.”

“ Aku tak sombonglah. Aku okay.”

“Tapi cara kau pagi tadi sangat menggerunkan.”

“Oh, aku dah biasalah. Aku akan menyuarakan selagi aku betul. Aku tahu itu ayah aku. Tapi dia harus tahu di mana aku dan bagaimana kehidupan aku semasa dia bahagia dekat sini.”

Zara menghabiskan ayat terakhirnya lalu bingkas bangun dari duduknya dan mula mengatur langkah meninggalkan tiga saudara tirinya itu. Namun dia menoleh kembali.

“Kau semua beruntung. Hargailah dengan apa yang ada. Aku mungkin ada semua benda yang kau semua pun ada. Tapi sejak dari kecil, aku tidak ada sesuatu yang kau semua ada. Itu sahaja yang membezakan kita dan aku datang bukan nak hancurkan keluarga ni. Tolong beritahu aku kalau kedatangan aku ke sini mengganggu.”

Zara kini meneruskan kembali langkahnya berjalan menuju ke kamarnya.
Tiga beradik yang masih kekal duduk di ruang itu saling berpandangan sesama sendiri.

“Apa maksud dia, Afiq?”

“Em, entah. Aku pun tak tahu. Em, Aku masuk bilik dulu?” Afiq yang berselingkuh dalam katanya, bingkas bangun dan berjalan menuju ke biliknya.

“Hah! Cepatnya. Relax lah.” Amer cuba menahan tetapi gagal.

Kini tinggal mereka berdua sahaja di ruang itu sambil berpandangan sesama sendiri.
“Apa maksud Zara?” Soalan tidak berjawab itu dikemukkan pula kepada Faris.

“ Entah. Aku pun tak faham.”

Hari pertama di sekolah baru. Janggal baginya ke sekolah dengan berkereta. Selalunya dia akan ke sekolah sendiri dengan menaiki pengangkutan awam. Lagi pula, dengan penampilan baru ke sekolah.

“ Hai, selamat pagi semua.” Ceria Zara pada pagi itu mengundang persepsi baru oleh Laila.

Laila merasakan bahawa Zara cuba mengambil hati orang di dalam rumah itu semula selepas apa yang berlaku pada cuti hujung minggu lepas.

“Hai, selamat pagi anak ayah. Sudah sedia untuk ke sekolah baru.” Encik Razif yang teruja dengan sikap anaknya pagi itu memberi respon yang cukup membuatkan Laila cemburu.

“Tentu sekali.” Zara yang sudah melabuhkan punggung di sebuah bangku di meja makan itu menjawab dengan senyuman yang melebar.

Puan Sofea yang baru saja muncul dari dapur dengan membawa sekotak jus oren nampaknya turut merasai kecerian Zara pada pagi itu dan terus menyapa.

“Zara, nak jus oren?”

“Boleh juga. Terima kasih, mak cik.” Ternyata senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Namun, masih ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh Puan Sofea selain menawarkan jus oren.

“ Zara.. Zara.”

Wanita itu berlalu menghampiri anak tirinya itu dan berdiri disisinya dengan sekotak jus oren lalu dituangkan ke dalam gelas di hadapan Zara.

“Ya, mak cik.”

“Em, dulu Zara sekolah mana?”

“Sekolah? Em, private school. Kenapa?”

“ Okay. Listen, sayang. Zara tak sekolah di sana lagi sekarang. Zara akan sekolah tempat lain. So, Zara tak boleh pakai baju ni lagi. Ini bukan seragam untuk pelajar sekolah tu.”

Zara yang terkesima dengan penyataan ibu tirinya itu berdiri dan melihat seragam kemas bersut yang disarung ke tubuhnya.

“ Oh, kalau macam tu, saya nak pakai baju apa? Baju ini saja yang saya ada.”

“Aduh, maafkan ayah Zara. Ayah lupa nak beritahu kamu tentang pakaian seragam sekolah yang baru. kamu tak perlu ke sekolah hari ini,ya?” Encik Razif tiba-tiba bersuara menyatakan kealpaannya.

“Tapi hari ini, hari pertama.”

“Tak apalah. Masih ada sepasang pakaian seragam Laila yang belum digunakan lagi. Lagi pula, saiz badan kamu dan Laila lebih kurang saja.” Puan Sofea bersuara mengutarakan jalan penyelesaian.

“Mama! Tapi itu Laila punya, kan?” Laila yang membulat matanya bagai bebola ikan apabila mendengar kata-kata ibunya tadi kini bersuara mempertahankan haknya.

“Tidak apalah. Nanti, Mama belikan yang baru. Bolehkan?”

Lidahnya kelu. Laila tidak mampu membantah lagi. Dia mencebik. Perasaannya kini semakin meluat dan bertambah geram. Pandangan tajamnya dilemparkan kepada Zara. Namun, pandangan itu tidak cukup untuk menundukkan Zara. Ternyata gadis itu lebih berani. Kalau ayahnya saja boleh terdiam dengan bicaranya. Inikan pula Laila yang bukan siapa-siapa.

“Aku naik atas dulu tukar baju baru,ya. Laila.” Sinis bicaranya mampu menambah kepanasan suhu badan Laila yang tidak pernah reda sejak kehadirannya di rumah itu.

Sepanjang perjalanan ke sekolah, segala pandangan matanya dilemparkan keluar tingkap. Satu permulaan baru berlaku lagi. Sejak dari kecil dia di hantar ke sekolah persendirian. Bukan tidak mahu ke sekolah kerajaan, tapi itu kehendak ibunya dalam sebutan kes penceraian semasa di mahkamah dahulu. Pembiayaan persekolahan di sekolah persendirian itu, sepenuhnya ditanggung ibunya yang minta dilepaskan dari ikatan perkahwinan kerana terlalu obses dengan kerjaya di awan biru. Itulah nasibnya bermula dari usia sepuluh tahun.

Hidup sendiri tanpa ibu, ada bapa seminggu dua kali sahaja menjengah muka. Selepas turun naik mahkamah seminggu yang lalu dengan hujahnya sendiri yang sudah berakal dan dapat membezakan baik dan buruk. Dia memilih untuk tinggal bersama bapanya di hadapan peguam syarie. Dengan bakat yang diperoleh sebagai pembahas mewakili sekolah ke peringkat negeri, dia lantang menyuarakan alasan logiknya bahawa sekiranya dia memilih untuk tinggal bersama ibunya, sudah pasti hidupnya akan terus terbiar tanpa kasih sayang seperti kehidupannya lapan tahun yang lalu. Automatik, hak penjagaan menjadi milik ayahnya.
]
Lamunannya terhenti berikutan brek kereta yang menjatuhkan tangan yang menongkat dagunya.

“ Baiklah, kita dah sampai. Kamu semua belajar rajin-rajin,ya” Pesanan ringkas seorang ayah.

Seorang demi seorang keluar dari perut kereta .

“Ok. Ayah pergi dulu.” Encik Razif sangat gembira hari ini. Lebih gembira dari hari biasa. Senyuman juga tidak lekang dari bibirnya.
Zara sempat menahan.

“Ayah!”

“Ya, Zara. Ada apa-apa yang tertinggal di dalam kereta.” Encik Razif berkata sambil menoleh ke ruang penumpang belakang untuk memastikan anaknya tidak ketinggalan barang.

“Em, bukan.”

“Jadi, apa?”

Bahu Encik Razif di paut menghampiri tubuhnya yang berada di luar kereta. Pipi ayahnya di kuncup lama.
Encik Razif tergamam. Dia tidak pernah dicium anaknya itu sebelum ini. Ini yang pertama. Terasa nafas hangat yang dihembus anaknya mengelus pipinya.
Zara melepaskan dakapan itu dan senyuman yang sangat manis terukir. Encik Razif dapat merasakan bahawa senyuman anaknya itu seperti cuba memberitahu betapa kebahagiaan yang dinanti akhirnya tiba.

“Terima kasih, ayah. Zara, masuk dulu.” Dia pergi meninggalkan ayahnya dengan kecerian yang dipamerkan seperti di meja makan pagi tadi.
“Ya.”

Encik Razif tidak terus pergi. Dia memerhati lama anaknya itu sehingga tidak kelihatan lagi pada pandangan mata seperti itu pandangan terakhir dalam masa yang singkat mereka bersama.
Zara melewati tapak perhimpunan untuk ke kelasnya. Dia diekori Afiq yang ingin bersama berjalan dengannya.

“Hai, boleh jalan sama?”

“ Boleh.”

“Em, nak tanya boleh?”

“Tanya sajalah.”

“Kenapa kau kata kita ada perbezaan?”

“Kes malam tu ke, der?”

“Ya. Aku rasa, aku tahu apa yang kau maksudkan.”

“Dah tahu, lagi nak tanya.”

“Nak kepastian.”

“Oh. Bezanya kau, Laila, Amer, Faris dengan aku …em.. aku tak pernah rasa hidup ada mak ayah yang ambil tahu pasal aku. Tu sajalah.”

“Oh. “

“Sebab tulah aku tak kisah kalau keluar then balik lewat malam. Mungkin semua orang tahu aku perempuan dan tak sesuai balik lewat malam. Tapi siapa yang peduli. Aku hidup sendiri lepas aku tingkatan tiga. Mak aku berhentikan perkhidmatan orang gaji di rumah yang aku duduk dulu. Bukan tak mampu, katanya dah sampai masa aku hidup berdikari. Lepas tu dia langsung tak tanya khabar aku, yang dia tahu bank-in duit saja.”

“Hah!”

“Kenapa? Terkejut? “

“Tak perlu la nak ternganga. Aku dah alami semua tu. Aku nangis, sedih, kecewa, marah, dan sakit. Tak ada yang peduli. Semua sendiri. Nasib baik tak mati kebebangan. Kalau nak cerita pasal sokongan or semangat bila nak duduki exam,contohnya. Lagilah jangan nak harap. Aku tak dapat sokongan pun, boleh saja dapat straight A’s. “

“ Aku kesian dengan kau. Tapi kau bolehkan maafkan ayah.”

“Tak perlulah nak kesian. Aku tak suka orang simpati pada aku. Sudahlah, tak perlu nak tahu sangat kisah hidup aku ni. Nanti kau menagis pula. Aku pergi dululah. Jumpa balik sekolah nanti….em.. itu pun kalau sempat lagi nak jumpa.” Nadanya tersekat-sekat dalam menghabiskan bait kata.

“Ok.”

Kelas masa pertama sungguh membosankan. Mungkin teknik mengajar Puan Julia tidak begitu menyengat. Segala yang dipelajari dalam matapelajaran Sejarah hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Tiba-tiba.

“Kamu yang di belakang sekali ditepi tingkap. Pelajar baru,ya?”

Zara berdiri terpinga-pinga.

“Ya, saya cikgu.”

Dia yang sudah berdiri tidak sampai lima minit jatuh menyembah lantai kelas itu. Kepalanya terhantuk kuat terkena bucu meja rakan baru disebelahnya.

“Ya, Allah!” Puan Julia menjerit melihat keadaan anak murid barunya itu.

Zara dibawa ke bilik rawatan sekolah. Kata guru penasihat PBSM yang bertugas pada hari itu. Keadaannya tidak serius cuma perut kosong. Manakan tidak, dia hanya minum seteguk jus oren sahaja pagi tadi.

Sepuluh minit berlalu, dia tersedar dari tidur yang pendek. Kepalanya terasa sakit dan penglihatannya kabur. Susah baginya untuk mentafsir siapa yang berada di hadapannya. Meskipun begitu, dia bersuara menuntut supaya dibawakan Afiq dan adik-beradiknya yang lain ke bilik rawatan.

“Em…tolong panggilkan Afiq, Amer, Faris dan Laila.” Terlalu susah untuk mengungkap ayat pendek.

“Zara, saya ni. Cikgu Julia. Afiq dan adik-adiknya ada di luar. Sebentar saya panggil mereka masuk.”

Zara cuba bangun dari pembaringan dia memaksa tubuhnya untuk duduk. Matanya dibulatkan sebesar yang boleh dan kini dia sudah duduk dan mampu melihat jelas orang dihadapannya.

“Kau baring sajalah.” Afiq memberi saranan.

“ Ah, tak apa sikit saja ni.”

“Ha, Kenapa nak jumpa kami?” Laila sudah tidak sabar. Ternyata api kemarahan masih menyala. Malah semakin marak apabila melihat wajah Zara.

“Laila, aku minta maaf pada kau. Aku bukan ingin menjadi orang yang paling manja dengan mak dan ayah. Aku juga tak nak segala apa yang menjadi milik kau.”
Laila terdiam. Dia tidak menyangka saudara tirinya itu akan berkata begitu.

“Kau bertiga, jangan risau lagi. Lepas ni hanya akan ada empat orang saja di ruang tamu itu dan aku tak akan ganti tempat Laila di sebelah kau, Afiq.”

Kini kebingungan pula melanda tiga budak lelaki itu.
Tiada lagi kata-kata yang keluar dari mulut Zara. Dia kini sedang cuba berusaha untuk berdiri dan berjalan keluar dari bilik itu. Sudah selangkah dia berjalan tetapi rebah lagi ke lantai tidak sedarkan diri.

Encik Razif dan Puan Sofea yang baru tiba dan menguak pintu bilik rawatan itu terus mendapatkan Zara yang terbaring di lantai yang kepalanya di riba Laila.
Pemeriksaan cepat dilakukan sekali lagi oleh guru penasihat PBSM itu dan kali ini keputusannya sangat menggusarkan hati Encik Razif. Kini kepala anaknya bertukar kepada ribanya.

“ Macam mana cikgu?” Encik Razif tidak sabar untuk menunggu lagi.

“Hmmmm..”

Tiba-tiba.

“Ayah, Zara lapar. Nak makan.” Zara tiba-tiba bersuara merungut kelaparan.

“Zara!” semakin erat dia memeluk kepala anaknya.

“Ayah.. ayah, kepala Zara nak tercabut ni.”

“Oh, sorry..sorry.” Encik Razif segera merenggangkan pelukannya.

“Eh, kau nak buat cerita kelakar ke, hah? Eh, tak kelakarlah.” Laila semakin baran lalu bergegas keluar dari bilik itu.

Zara bingkas bangun lalu turut keluar dari bilik itu.
“ Eh, nanti dululah, budak gila.” Kini pergelangan tangan Laila dalam cengkaman yang kuat membuatkan gadis itu tidak mampu mengorak langkah lagi.

“Eh, lepaslah. Kau yang gila. Sebab kau, aku dah terlepas banyak kelas penting.”

“Ala, kau kalau masuk kelas pun setakat nak tidur, tak payahlah.”

“Eh, kau ni..ish.” Jari telunjuknya ditunding ke arah Zara.

“Apa..apa? Eh, dahlah. Aku bukan nak gaduh pun dengan kau. Buang masalah. Sekarang ni kau dengar, ini saja cara yang aku terfikir untuk pulihkan hubungan kita. Aku dah tak dapat nak fikir cara lain. Faham?” Sambil berkata, sepasang tangannya yang kini sudah berada di kedua-dua belah bahu Laila menggoyang-goyangkan tubuh gadis itu.

“Ish, kalau ya pun. Janganlah goyang-goyangkan badan aku.” Laila menepis kedua-dua belah tangan itu.

“Opss! Sorry, der.”

“Sekarang aku faham.” Laila tiba-tiba menghulurkan tangannya untuk berjabat.

Zara yang tercengang dengan respon positif itu segera menyambut tangan itu tanda peperangan berakhir. Dia tidak mahu peluang didepan mata pergi begitu saja. Walaupun dia sender tidak menyangka bahawa cara itu berkesan.


Bahagianya tidak terkata. Lakonan mantap Zara sebulan yang lalu mengubah hubungannya dengan gadis itu. Laila pula, kini lebih berusaha keras di saat akhir gara-gara sikapnya yang suka tidur di dalam kelas. Jadi terpaksalah dia mengasingkan diri dari orang-orang di dalam rumah. Agar tidak terganggu.

Petang itu dia seperti biasa mengulang kaji untuk peperiksaan tetapi kali ini dia memilih untuk mengulang kaji di taman orkid di tepi rumahnya.Ternyata hidup di hutan konkrit tidak akan dapat merasa udara segar. Namun, mendung petang itu sangat nyaman. Sesekali angin meniup lembut mengelus pipinya. Dia didatangi Zara dari arah belakang rumah.

Zara yang sudah melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Laila menjengah-jengahkan kepalanya melihat apa yang sedang ditulis gadis itu.

“Jangan kacau aku.”

“Ala, tengok sikit pun kedekut. Eh, belum exam lagilah.”

Laila kemudian meletakkan pensilnya dan memandang lama orang dihadapanya itu.

“ Apa hal tengok aku macam tu?” Zara mula kurang selesa.

Laila hanya mampu tersenyum dan senyumannya makin melebar pula. Zara mula bengang, tangannya kini mencapai sebuah buku tulis dihadapannya dan mengetuk kepala sudara tirinya itu.

“Hah, rasakan!”

“Aduh! Sakitlah! Gila!” Laila mengadu kesakitan sambil tangannya ligat menggosok-gosok kepalanya.

“Kaulah gila. Pandang aku macam orang gila seks. Kau ingat aku lesbian ke?”

“Oit! Aku tak kata pun kau lesbian.”

“Habis tu?”

“Tak adalah, cuma bila aku tengok muka kau. Aku teringat cerita dulu-dulu. Lawak pula rasanya. Kau buat benda tak logik nak pulihkan hubungan ni. Hahaha..”

“Oh, itu sajalah yang aku mampu. Aku tak nak selamanya macam dulu. Tapi kau nak tahu satu perkara tak?”

“Apa?”

Zara bangun menghampiri Laila dan menundukkan sedikit badannya. Mulutnya pula didekatkan ke telinga Laila, seperti ingin membisikkan sesuatu.

Laila hanya duduk menunggu apa yang ingin diperkatakan Zara.

“ Kau nak tahu?”

“Mestilah.”
“Kalaulah hari tu aku mati. Aku akan pilih untuk mati di sisi kau.”

Laila terkejut dengan penyataan itu. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Fikirannya kosong selepas mendengar ayat itu. Apabila tersedar. Zara tiada lagi disisinya. Dia seperti berada dalam lena yang panjang. Dia bingkas bangun dari duduknya lalu pergi mencari ke mana hilangnya Zara.

Setiba di ruang tamu kelihatan abang-abangnya sedang duduk. Laila hanya meneruskan langkah untuk ke bilik Zara di atas.

“ Laila nak pergi mana?” Afiq bersuara tenang. Walaupun sebenarnya, dia sedang menahan sebak.

“Jumpa Zara.”

“Buat apa?”

“Tadi dia datang jumpa Laila di taman orkid. Lepas dia kata sesuatu. Terus dia hilang. Ni nak pergi cari dialah.”

Afiq, Amer dan Faris mula kebingungan malah sangat terkejut dengan penyataan yang keluar dari mulut adik bongsunya itu. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Setahu mereka sejak dari pagi Zara hanya berada di dalam bilik sehinggalah ibu mereka naik ke atas untuk membangunkan Zara kerana sudah tiba masa makan tengah hari.

Amer bersuara. Sadis nadanya.

“Zara cakap apa dengan Laila?”

Laila yang tidak merasakan apa-apa, berjalan menghampiri abang-abangnya dan sangat bersemangat untuk memulakan cerita.

“ Zara, tadi datang kacau Laila revision. Then, dia kata ‘kalaulah hari tu aku mati. Aku akan pilih untuk mati di sisi kau.”

Penyataan yang keluar dari mulut Laila, sekali lagi mampu membuatkan ketiga-tiga teruna itu diserang sakit jantung.

Kebisuan yang melanda diri abang-abangnya itu membuatkan Laila jemu dan semakin bosan di situ.

“Sudahlah. Buang masa saja cerita. Naik dulu. Nak jumpa Zara.”

“Laila!” Faris menahan adiknya itu dari terus melangkah.

“ Ada apa lagi?”

Faris tertunduk bisu. Sukar baginya untuk membuka mulut. Khuatir Laila akan mula berang. Amer saja yang berkata.

“Zara dah tak ada, Laila.”

“ Memanglah dia tak ada. Dia ada di atas.” Zara meneruskan langkah. Namun kali ini dia tidak ditahan untuk terus melangkah dengan kata-kata. Tangannya segera di tarik Afiq yang duduk di kerusi berdekatan anak tangga.

Kini bahu Laila di pegang erat. Afiq cuba berterus-terang.

“Dengar, Laila. Zara dah tak ada. Dia dah tinggalkan kita semua.”

“Hah! Tapi mana boleh macam tu. Baru tadi dia datang jumpa Laila.”

“Along, tipu!”

“Buat apa Along nak tipu? Buat apa Along nak main-main dengan mati?”

“Habis tu. Tadi tu siapa?”

“Along tak dapat jawab soalan tu.”

“Sudahlah, Laila pun dah ada. Mari kita ke hospital cepat.” Faris memintas dialog Laila dan Afiq. Khuatir terus berpanjangan.

“Kenapa tak panggil Laila? Laila ada duduk di taman orkid.” Dia yang kini berkata dalam sendu terus berjalan memasuki perut kereta.

“Kami dah panggil Laila banyak kali. Tapi langsung tak menyahut. Kami pada waktu tu tak terfikir langsung untu keliling rumah mencari kau. Keadaan tak tentu arah bila Mama mula menjerit dari bilik Zara.”

“ Laila tak dengar ke, Mama menjerit? Taman orkid behadapan bilik Zara, kan?”
“Tak. Laila tak dengar.”

Setiba di hospital. Kelihatan duduk di kerusi menunggu, Puan Sofea sedang menangis teresak-esak. Encik Razif pula, mundar-mandir di hadapan bilik pembedahan.

“Macam mana,Mama?” Afiq terus mengaju soalan.

Namun dia diabaikan.

“Laila! Laila pergi mana?” Puan Sofea terus bangun mendapatkan Laila.

“Laila, ada.”

Kini bertanya pula dia kepada bapanya dengan soalan yang sama.

“Macam mana dengan Zara, Papa?”

“Doktor kata. Zara ada tumor di otak. Dan tumor tu dah terlalu lama tumbuh diotaknya.”

“Dia tak pernah beritahu apa-apa pada, Papa?”

“Langsung tidak.”

Dari bilik itu keluar seorang doktor lengkap berseragam untuk pembedahan.
“Bagaimana anak saya doktor?” Encik Razif gopoh bertanya.

“Sejam yang lalu dia masih lagi koma dan kami telah bersedia untuk melakukan pembedahan di kepalanya. Namun, tidak sempat. Dia sudah tiada.”

Tertunduk dan menangis. Itu sahaja respon yang mampu Encik Razif berikan. Mengimbau kisah lalu. Anak itulah yang dibiarkan hidup sendiri tanpa pengawasan. Apatah lagi kasih sayang. Mujurlah anak itu bijak membawa diri. Tapi sekarang tiada lagi...

TAMAT


(Hasil Karya : Nurshafikha Hanim Ismail)
FB : https://www.facebook.com/profile.php?id=1251361092
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...